Ini ialah gambar Allahyarham Muhammad Al-Durrah dan bapanya Jamal Al-Durrah. Jamal telah berusaha sedaya-upaya melindungi anaknya dari bahaya peluru musuh yang tidak mengenal erti peri kemanusiaan, erti ketakutan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa dan terpaksa membesar dalam penjajahan, serta pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah. Namun, Allah SWT lebih mencintai mereka berdua. Kejadian menyayat hati ini berlaku 23 tahun yang lalu di Gaza, kawasan yang sama pertumpahan darah rakyat Palestin berlaku sejak beberapa hari yang lalu. 23 tahun dari sejumlah 75 tahun hak rakyat Palestin dirampas, dinafikan dan mereka dizalimi secara terancang sehingga ke hari ini. Kini, mereka terpaksa melarikan diri di tanah air sendiri untuk mencari perlindungan sekali lagi. Bukan kali pertama, dan mungkin juga bukan kali yang terakhir. Dunia masih tidak mampu melakukan apa-apa membela nasib Palestin. Mengapa kisah penderitaan mereka hanya kita angkat secara bermusim? Mengikut trend? Faz percaya, ramai diantara kita di Malaysia dan seluruh dunia mengutuk kezaliman ke atas Palestin. Tidak kurang dalam diam, ramai juga yang mendoakan keselamatan mereka, terus membantu dalam apa cara tanpa liputan dan sering menyuarakan hak mereka kepada dunia tanpa hebahan. Mari teruskan usaha dan doa. Lakukan apa sahaja yang termampu demi saudara kita di Palestin. Semoga Allah SWT mengurniakan kita azam, kekuatan dan tekad yang tidak putus demi Palestin. 🇵🇸 Mudah-mudahan… Amiiin 🤲🏻🤍 Kredit gambar kepada pemilik yang berhak.
October 19, 2023
Disclaimer
The data provides is not authorized by TikTok. We are not an official partner of TikTok.
Use of materials from the resource is permitted only with a link to our resource.
Contact